Pakej Haji 1446H/2025M
Penerbangan
JENIS PENERBANGAN
Terdapat dua (2) jenis penerbangan yang digunakan pada musim haji iaitu penerbangan sewa khas (charted flight) yang disebut sebagai Kapal Terbang Tabung Haji (KT) dan juga penerbangan komersial (SW). Semua JH akan diberikan alokasi penerbangan KT ekonomi. Bagi penerbangan komersial, tambahan bayaran akan dikenakan dan jumlah bayaran bergantung kepada harga semasa penerbangan komersial tersebut.
KT yang digunakan oleh TH adalah Malaysia Airlines (MH) dan Saudi Airlines (SV), manakala bagi penerbangan komersial juga turut akan menggunakan penerbangan Malaysia Airlines (MH), Saudi Airlines (SV) atau syarikat penerbangan lain.
Jenis penerbangan KT ditetapkan oleh TH manakala penerbangan SW perlu kepada kelulusan TH.
JENIS KELAS TEMPAT DUDUK (SEAT)
Terdapat dua (2) jenis kelas tempat duduk di dalam pesawat iaitu kelas ekonomi (EY) dan juga kelas perniagaan (BC).
JH yang menaiki KT atau SW akan diberikan tempat duduk EY. JH yang ingin menaik taraf kelas tempat duduk daripada EY ke BC hanya dibenarkan kepada JH yang menaiki SW sahaja.
JH akan diberikan tempat secara rawak mengikut keluarga.
JADUAL PENERBANGAN HAJI
Jadual penerbangan haji akan dicadangkan oleh pihak Citra dan tertakluk kepada kelulusan TH. Tempoh hari JH berada di tanah suci juga ditetapkan oleh TH.
Jadual penerbangan haji yang sebenar hanya akan dikeluarkan setelah mendapat pengesahan daripada TH. BH dianggap tidak berada di bawah perkhidmatan Pakej Haji Citra sekiranya :
- Ingin ke Madinah lebih awal atau lewat.
- Ingin pulang ke tanah air (Malaysia) lebih awal atau lewat dari jadual penerbangan asal yang telah ditetapkan oleh pihak TH. Ini akan melibatkan bayaran tambahan pengangkutan yang tinggi bergantung kepada nilai semasa.
- Tidak mematuhi terma dan syarat syarikat/program Citra.
Program
- Ziarah
- Lawatan
- Keraian
PROGRAM ZIARAH
Program ziarah yang dimaksudkan adalah aktiviti lawatan ke tempat-tempat yang mempunyai pengisian yang bermanfaat seperti tempat-tempat yang mempunyai kaitan sirah Nabawiyah. Setiap ziarah yang dilakukan akan diisi dengan penceritaan sirah berkaitan serta disulami dengan pengisian kerohanian. Berikut adalah senarai lokasi ziarah yang terdapat di dalam pakej ini:
ZIARAH MAKKAH
- Ziarah sekitar Masjid al-Haram (rumah Abu Bakar RA, Hazwarah, Bukit Abi Qubais, Bukit Safa, Tapak Rumah Kelahiran Nabi SAW).
- Ziarah Ja’ranah (Jabal Thur, Arafah, Mudzalifah, Mina, Ja’ranah & Jabal Nur).
- Ziarah Taif (Masjid Ibnu Abbas, Miqat Qarnul Manazil).
ZIARAH MADINAH
- Ziarah Sekitar Masjid An-Nabawi (Saqifah Bani Sa’idah [ada], Maqam Rasulullah SAW, Baqi’).
- Ziarah Raudhah (tertakluk kepada kelulusan permit).
- Ziarah luar Madinah (Quba’, Uhud, Qiblatain, Khandaq).
- Ziarah Quba’.
Khidmat Perubatan
Khidmat Perubatan adalah perkhidmatan asas yang disediakan oleh TH kepada semua JH sepanjang JH berada di Tanah Suci. Perkhidmatan ini adalah percuma dan diuruskan sepenuhnya oleh pegawai dan petugas TH. Berikut adalah khidmat perubatan yang ditawarkan:
- Khidmat Perubatan Lembaga Tabung Haji
- Pusat Rawatan di Makkah dan Madinah
- Doktor Pakar
- Jururawat Terpilih
- Farmasi /Ubat-ubatan
- Makmal Perubatan
- Klinik di setiap maktab
- Klinik Pergigian
- Ambulans
- Fisioterapi
Barang Hadiah
JH yang mendaftar dengan Citra dan telah membuat pembayaran penuh akan mendapat pelbagai barang hadiah khas yang sangat menarik daripada Citra. Terdapat barang hadiah yang akan diberi awal di Malaysia dan barang hadiah lain yang akan diberikan di tanah suci. Kriteria barang hadiah yang akan diberi merupakan sesuatu yang sangat bermanfaat dan boleh diguna pakai oleh JH ketika berada di tanah suci. Berikut adalah senarai barang hadiah yang diberikan :
- Bagasi saiz 24″
- Beg galas 20″
- Beg silang
- Beg Kasut
- Kain Ihram
- Kain Telekung
- Sejadah Mini
- Tuala Muka
- T-shirt
- Bantal leher
- Uncang Batu
- Botol Spray Wudhuk
- Buku Panduan Haji
- Payung
MENARIK DIRI
BH yang telah membuat pengesahan penerimaan tawaran perkhidmatan haji Citra tidak dibenarkan untuk menarik diri atau menyertai pakej haji syarikat lain atau mengikuti pakej TH Muassasah. Jika BH menarik diri atau membatalkan pemergian ke Tanah Suci tanpa alasan munasabah setelah Borang PJH CTRA 1445H disahkan oleh pihak TH, pihak Citra berhak mengenakan bayaran ganti rugi / kos operasi yang akan diputuskan oleh Lembaga Pengarah Syarikat.
Jika Bakal Haji membuat pembatalan atau penundaan, kadar denda yang dikenakan kepada bakal haji adalah seperti berikut:
KATEGORI 1 : Denda pembatalan sebanyak 5% daripada harga pakej haji setelah ditolak bayaran haji PJH sekiranya membatalkan pakej haji setelah membuat Bayaran Pakej Haji.
KATEGORI 2 : Denda pembatalan sebanyak 20% daripada harga pakej haji setelah ditolak bayaran haji PJH sekiranya membatalkan pakej haji setelah Jadual Penerbangan Haji dikeluarkan.
KATEGORI 3 : Denda pembatalan sebanyak 40% daripada harga pakej haji setelah ditolak bayaran haji PJH sekiranya membatalkan pakej haji setelah Jadual Penerbangan Haji dikeluarkan dan Visa Haji diperuntukkan.